KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


  • RANCANGAN TAHUNAN
- Rancangan yang telah dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran, sepanjang tahun mengikut kesesuaian kelas dan tahap pencapaian murid.


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

Minggu
Tajuk
1
Haji
2
Umrah
3
Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah
4
Dam Haji dan Umrah
5
Menyembelih
6
Bangkai
7
Ud’hiyyah
8
Aqiqah
9
At’imah
10
Solat Ketika Darurat


CONTOH PENGAJARAN TAHUNAN


Minggu
Tajuk
1
Taharah (bersuci)
2
Wuduk
3
Istinjak
4
Mandi wajib dan sunat
5
Menyapu Khuf
6
Tayamum
7
Najis dan cara menghilangkannya
8
Haid
9
Nifas
10
Istihadah


  • RANCANGAN MINGGUAN
-Perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan semester setiap minggu. Ianya mengikut minggu yang telah disediakan oleh pihak sekolah.



CONTOH  RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN

Matapelajaran: Ibadat (Darjah 6)
Minggu
Tajuk
Objektif
Kemahiran
Nilai
1
Haji
-Memahami pengertian haji.
-Mengetahui dalil haji.
-Mengetahui tujuan dan hikmah ibadah haji.
-Mengetahui akibat melalaikan ibadah haji
-Berfikir
-Mendengar
-Melihat
-Khusyuk
-Mentaati
-Berdisiplin
    2
        Umrah
-Memahami pengertian umrah.
-Mengetahui dalil umrah.
-Mengetahui tujuan dan hikmah ibadah umrah.
-Mengetahui akibat melalaikan ibadah umrah.
-Menulis
-Mendengar
-Melihat
-Khusyuk
-Berhemah tinggi
-Berdisiplin
     3









4
Pelaksanaan Ibadah Haji dan Umrah








Dam Haji dan Umrah
-Memahami syarat wajib haji dan umrah.
-Memahami perbezaan antara rukun haji dan umrah.
-Memahami perbezaan antara wajib haji dan umrah.
-Mengetahui cara melaksanakan haji dan umrah

-Mengetahui pengertian dam.
-Memahami tujuan dan hikmah dikenakan dam.
-Mengetahui jenis dam haji dan umrah.
-Mengetahui kesalahan yang mewajibkan dam.
-Mengetahui cara menyumpurnakan dam.
-Melihat
-Mendengar
-Berfikir







-Menulis
-Menghayati
-Melihat
-Khusyuk
-Berani
-Berdisiplin







-Khusyuk
-Berdisiplin
-Menghormati
5
Menyembelih
-Memahami pengertian menyembelih dan hukumnya.
-Mengetahui tujuan dan hikmah menyembelih.
-Mengetahui rukun, syarat dan sunat menyembelih.
-Mengetahui cara menyembelih.
-Melihat
-Menulis
-Mendengar
-Khusyuk
-Tolong menolong
-Bekerjasama
6
Bangkai
-Memahami pengertian bangkai.
-Mengetahui hukum bangkai.
-Memahami hikmah larangan bangkai.
-Mengetahui dalil diharamkan bangkai.
-Menghayati
-Berfikir
Mendengar
-Khusyuk
-Menghormati
-Tolong menolong
7
Ud’hiyyah
-Memahami pengertian ibadah ud’hiyyah.
-Mengetahui jenis haiwan yang boleh dibuat ud’hiyyah.
-Memahami panduan pelaksanaan ud’hiyyah.
-Memahami hukum daging ud’hiyyah.
-Mendengar
-Memahami
-Melihat
-Khusyuk
-Berdisiplin
-Bekerjasama
8
Aqiqah
-Memahami pengertian aqiqah dan hukumnya.
-Memahami tujuan dan hikmah ibadah aqiqah.
-Memahami panduan pelaksanaan aqiqah.
-Membezakan antara ud’hiyyah dengan aqiqah.
-Menghayati
-Mendengar
-Melihat
-Khusyuk
-Berdisiplin
-Mentaati
9
At’imah
-Memahami pengertian at’imah dan hukumnya.
-Mengetahui pengenalan binatang halal dimakan.
-Menjauhi makanan dan minuman yang haram.
-Memahami tujuan dan hikmah makanan yang halal.
-Berfikir
-Melihat
-Mendengar
-Bekerjasama
-Berdisiplin
-Berani
10
Solat ketika darurat
-Memahami pengertian solat ketika darurat dan hukumnya.
-Mengetahui cara solat syiddah al-Auf,solat dalam kenderaan, solat ketika sakit dan solat faqidu tohurrain.
-Melaksanakan ibadah solat ketika darurat menurut kaedah yang betul.
-Istiqamah melaksanakan ibadat solat walaupun dalam keadaan darurat.
-Memahami
-Melihat
-Mendengar










-Khusyuk
-Bekerjsama
-Tolong menolong


  • RANCANGAN HARIAN
-Satu dokumen rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.Rancangan yang dibina untuk setiap waktu pengajaran dalam masa 30 minit yang mengandungi maklumat pengajaran,langkah pengajaran, masa, aktiviti dan catatan.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Haji
Kemahiran: Melihat, mendengar, membaca
Kaedah:  Dialog
Pengetahuan sedia ada: Melihat keluarga menunaikan haji.

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian haji.
2) Mengetahui tujuan dan hikmah ibadah haji.
3) Mengetahui akibat melalaikan ibadah haji.

Kemahiran berfikir: Merumus, mereka cipta, soal jawab.
Penerangan nilai: Tolong menolong, menhormati, berdisiplin, khusyuk.
Bahan bantu mengajar: Kertas, LCD, Projector, kitab, gabus, kertas warna, gunting, gam




 CONTOH  RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

           Masa          
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
 (2 minit)

Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru.

Nilai: Khusyuk

Set Induksi
( 5 minit )
-Guru membawa model replika kaabah ke dalam kelas.
1) Apakah nama objek yang berada di atas meja saya?
Andaian jawapan: Kaabah
2) Tahukah murid ibadat apa yang akan dilakukan oleh orang islam semasa mereka disana pada bulan zulhijjah?
Andaian jawapan: Ibadat haji
-Guru membawa model replika kaabah ke dalam kelas
-Guru meletakkan model replika kaabah di atas mejanya yang berada di hadapan kelas.
-Guru mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan.
-Murid cuba menjawab soalan guru yang telah diutarakan.
-Guru mengaitkan model replika kaabah dengan tajuk yang hendak dipelajari.
Kemahiran: Berfikir
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif
Nilai:
-Berani mencuba
-Bersungguh-sungguh

Langkah 1
(10 minit)
Pengertian Haji
-Pada sudut bahasa:
Menuju (القصد)
-Pada sudut istilah:
Mengunjungi baitullahilharam dan tempat tertentu di dalam bulan haji dengan tujuan tertentu mengikut syarat dan rukunnya.
Tujuan dan hikmah difardhukan haji:
1) Dapat meningkatkan keyakinan hati terhadap kebesaran kekuasaan Allah S.W.T. dengan menziarahi tempat bersejarah dimekah dan madinah.
2) Membuktikkan keazaman, kesabaran dan kuat sebelum,semasa dan selepas menunaikan haji.
3) Meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
-Guru menerangkan pengertian haji
-Guru menerangkan tujuan dan hikmah difardhukan haji kepada umat islam.
-Guru meminta murid duduk secara berkumpulan dan berbincang.
-Guru menyoal murid pelajaran yang telah diajarkan.
-Guru meminta setiap wakil kumpulan menjawab soalan guru berdasarkan penerangan yang telah diajarkan oleh guru.






Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:
-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik
Alat bantu mengajar:
LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
(5 minit)
Hukum Haji:
Berdasarkan beberapa sumber yang sahih melalui al-quran, as-sunnah dan ijmak, ukum bagi menunaikan haji terdapat dua iaitu:
-Wajib : Sekali seumur hidup ke atas orang islam bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai syarat teretentu.
-Sunnah: Menunaikan haji bagi kali kedua dan seterusnya kecuali jika dinazarkan.
Akibat Melalaikan Ibadat Haji:
-Peringatan daripada rasulullah s.a.w. terhadap mereka yang mengingkari kewajipan menunaikan haji.
-Allah telah menjanjikan azab yang berat kepada mereka yang ingkar didunia dan diakhirat
-Guru menerangkan hukum dan akibat melalaikan ibadat haji.
-Murid mengetahui hukum haji.
-Murid menghayati akibat melalaikan ibadat haji bagi seorang umat islam.
Kemahiran:
-Pendengaran
-Menulis
KBKK:
-Dialog
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan

Langkah 3
( 5 minit )
Penerangan ibadat haji










-Murid dibahagiakn beberapa kumpulan.
-Guru memberi setiap kumpulan dengan kertas kuiz ‘teka silang kata’.
-Guru memberi masa kepada murid untuk menjawab soalan tersebut dan memberi ganjaran kepada kumpulan yang habis menjawab dalam asa terawal.
-Murid menjawab secara berkumpulan dan memberikan jawapan kepada guru.
Kaedah:
-Aplikasi kaedah teka silang kata.
KBKK:
-Menulis jawapan di dalam kotak yang disediakan dalam kertas teka silang kata.
Alat bantu mengajar:
-Kertas soalan yang disediakan oleh guru.
Penutup
(3 minit)
-Guru membuat kesimpulan akhir.
-Ibadat haji merupakan rukun islam yang kelima.
-Beberapa orang murid diminta untuk mengulangi semula isi pelajaran pada hari ini dan melihat model replika dengan sentuhan.
KBKK:
Merumus pembelajaran.
Nilai: Menghayati

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Umrah
Kemahiran:Melihat, mendengar, membaca
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Melihat ahli keluarga terdekat pergi menunaikan umrah

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian umrah.
2) Mengetahui tujuan dan hikmah ibadah umrah.
3) Mengetahui akibat melalaikan ibadah umrah.

Kemahiran berfikir: Soal jawab, merumus, mereka cipta.
Penerangan nilai: Khusyuk, bekerjasama, mentaati, berdisiplin.
Bahan bantu mengajar: LCD, projector, komputer riba, kitab , kapur.





        Masa

Langkah
Isi pelajaran
Aktiviiti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Pendahuluan
( 2 minit )
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai : Khusyuk
Set Induksi
(5 minit)






-Guru menayangkan video mengerjakan ibadat umrah.
1) Apakah yang kamu lihat melalui video ini?
Andaian jawapan: Orang yang mengelilingi kaabah.
2) Tahukah murid ibadat apakah yang sedang dikerjakan oleh mereka ketika berada di mekah pada bila masa sahaja bukan hanya pada bulan zulhijjah?
Andaian jawapan: Ibadat umrah.

-Guru menayangkan beberapa video yang menunjukkan ibadat umrah.
-Guru mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan melalui video.
-Murid cuba menjawab mengikut pengetahuan yang sedia ada.
-Guru mengaitkan video dengan tajuk yang hendak dipelajari.
Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir
-Membuat perkaitan
Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan
Pendekatan: deduktif
Nilai:
-Berani mencuba
-Kreatif

Langkah 1
( 10 minit )
Pengertian Umrah
-Pada sudut bahasa:
Ziarah
-Pada sudut istilah:
Menziarahi baitullahilharam  kerana mengerjakan tawaf, sai’e dan bercukur menurut syarat dan rukunnya.

Tujuan dan hikmah difardhukan umrah:
1) Sebagai tanda pengorbanan usaha, tenaga dan wang ringgit.
2) Membuktikkan keazaman, kesabaran dan kuat sebelum,semasa dan selepas menunaikan umrah.
3)Menunjukkan penyatuan dan perpaduan seluruh umat islam
4) Sebagai tanda syukur dengan nikmat harta dan kesihatan.
 -Guru menerangkan pengertian haji
-Guru menerangkan tujuan dan hikmah difardhukan haji kepada umat islam.
-Guru meminta murid berbincang dengan rakan bersebelahan.
-Guru menyoal murid pelajaran yang telah diajarkan.

-Guru meminta beberapa orang murid menjawab soalan diberikan melalui penerangan yang telah diajarkan.

Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:
-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik
Alat bantu mengajar:
LCD, projector, komputer riba dan kitab
Langkah 2
( 5 minit )
Hukum Umrah:
Berdasarkan beberapa sumber yang sahih melalui al-quran, as-sunnah dan ijmak, hukum bagi menunaikan umrah terdapat dua iaitu:

-Wajib : Sekali seumur hidup ke atas orang islam bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai syarat teretentu.
-Sunnah: Menunaikan umrah bagi kali kedua dan seterusnya kecuali jika dinazarkan.

Akibat Melalaikan Ibadat Umrah:

-Peringatan daripada rasulullah s.a.w. terhadap mereka yang mengingkari kewajipan menunaikan haji.
-Allah telah menjanjikan azab yang berat kepada mereka yang ingkar didunia dan diakhirat.

-Guru menerangkan hukum dan akibat melalaikan ibadat umrah

-Murid mengetahui hukum umrah.

-Murid menghayati akibat melalaikan ibadat umrah bagi seorang umat islam
Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir

KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 3
(5 minit)
Penerangan ibadah umrah
-Guru membentuk  murid dalam beberapa kumpulan
-Guru memberikan sebatang kapur kepada setiap kumpulan.
-Murid dikehendaki berbincang bersama ahli kumpulan.
-Setiap wakil kumpulan diminta ke hadapan untuk melakar apa yang telah mereka faham pelajaran pada hari ini
-Guru menyemak jawapan bersama murid
Kaedah:
-Aplikasi kaedah berkumpulan. 
KBKK:
-Murid diminta berbincang bersama rakan .Kemudian, menulis jawapan di papan hitam.
Alat bantu mengajar:
-Kapur yang disediakan oleh guru.
Penutup
(3 minit)
-.Ibadah umrah merupakan suatu amalan yang hamper sama seperti ibadah haji tetapi mengikut syarat dan masa tertentu.


-Guru membuat kesimpulan akhir mengenai tajuk pelajaran pada hari ini
-Guru meminta .beberapa orang murid mengulangi pelajaran yang telah dipelajarinya mengikut kefahaman mereka.
-Murid mengulangi semula segala isi pembelajaran mengikut kefahaman mereka.

KBKK:
Merumus  isi pembelajaran.
Nilai:
-Menghayati
-Kebijaksanaan




 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Solat ketika darurat.
Kemahiran: Melihat, mendengar, membaca.
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Mengetahui saat keadaan susah ingin bersolat seperti sakit atau lain

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian dan hukum solat ketika darurat
2)Melaksanakan ibadah solat ketika darurat mengikut kaedah yang betul.
3)Mengetahui cara solat dalam kenderaan,ketika sakit,syiddatul auf dan fakidu thurain.
Kemahiran berfikir: Soal jawab, merumus, mereka cipta.
Penerangan nilai: Menghormati, khusyuk, bekerjasama, berdisiplin.
Bahan bantu mengajar: LCD, projector, komputer riba dan kitab.


Masa

Langkah
Isi pelajaran


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Nilai




Pendahuluan
( 2 minit )

Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
-Guru membri salam

-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai: Khusyuk



Set Induksi
( 5 minit )
Guru membawa beberapa peralatan bagi menunaikan haji dan umrah seperti pakaian kain ihram.

1)Apakah jenis peralatan yang berada di tangan saya?
Andaian jawapan: Kain ihram

2) Kebiasaanya peralatan ini digunakan ketika apa?
Andaian jawapan: Haji dan umrah
-Guru membawa beberapa peralatan menunaikan haji dan umrah  ke dalam kelas.

-Guru membuat kaedah demonstrasi peralatan menunaikan haji di hadapan kelas.

-Murid menyoal guru

-Guru menjawab soalan

-Guru mengaitkan dengan peralatan tersebut.
Kemahiran:
-Melihat
-Berfikir
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba
-Kreatif



Langkah 1
(10 minit)
SYARAT WAJIB :
-Islam : Tidak wajib bagi orang kafir atau murtad.
-Baligh: Tidak wajib ke atas kanak
-Berakal: Tidak wajib ke atas orang gila.
-Merdeka: Tidak wajib ke atas hamba sahaya.
-Berkuasa atau mampu terbahagi kepada dua iaitu sendiri atau pertolongan orang lain.
-Syarat tambahan bagi perempuan mestilah dengan izin wali atau suami dan bertemankan dengan mahram, suami dan kawan perempuan.
-Syarat orang yang menerima pertolongan orang lain mestilah cukup syarat haji dan telah mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

-Guru menerangkan syarat wajib haji dan umrah.
-Guru meminta murid berbincang dengan rakan bersebelahan.
-Guru menyoal murid pelajaran yang telah diajari
-Murid menjawab jawapan melalui pemahaman yang mereka telah dapat.
Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:

-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik.

Alat bantu mengajar:
LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
( 5 minit )
RUKUN HAJI DAN UMRAH:
-Rukun haji iaitu
1) Niat ihram haji
2)Wukuf di arafah
3)Tawaf sebanyak 7 kali
4)Sai’e
5)Bercukur atau bergunting rambut.
6) Tertib pada kebanyakkan rukun
-Rukun umrah iaitu:
1) Niat ihram
2) Tawaf sebanyak 7 kali
3)Sai’e
4) Bercukur atau bergunting rambut.
5)Tertib pada semua rukunnya.
-Perbezaan di antara rukun haji dan umrah ialah rukun haji mempunyai wukuf di arafah manakala rukun bagi umrah tiada wukuf diarafah
-Guru menerangkan rukun bagi menunaikan haji dan umrah.

-Guru memberikan perbezaan diantara rukun haji dan umrah.

-Murid mefokuskan penerangan yang dibuat oleh guru.

-Guru meminta beberapa orang murid untuk disoal.
-Murid menjawab soalan guru melalui penerangan yang telah diajarinya
Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir
-Bertutur

KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan murid

Langkah 3
( 5 minit )
Penerangan pelaksanaan ibadat haji dan umrah.
-Guru melukis berbentuk petak di papan hitam untuk memulakan permainan.
-Guru menyuruh murid meletakkan jawapan yang sesuai ke dalam bentuk petak
-Guru mengeluarkan sebuah kotak yang dipanggil kotak ajaib.
-Beberapa orang murid dikehendaki mencabut jawapan yang telah disediakan.
-Murid dikehendaki menampal jawapan tersebut di dalam gambar kotak yang telah disediakan.
-Guru menyemak jawapan murid sama ada ia  betul atau salah.
-Guru memberikan ganjaran kepada murid yang telah mencuba jawab di hadapan kelas.
Kaedah:
-Aplikasi kaedah kotak ajaib
.
KBKK:
-Murid mencabut jawapan dari kota dan menampal di papan hitam.

Alat bantu mengajar:
-Kotak
-Kad manila
Penutup
(3 minit)
-Setiap ibadah mestilah mempunyai bentuk pelaksanaan yang betul supaya ianya menjadi sempurna dan diterima disisi Allah S.W.T.
-Guru membuat kesimpulan akhir mengenai tajuk pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta .beberapa orang murid mengulangi pelajaran yang telah dipelajarinya mengikut kefahaman mereka
-Murid mengulangi semula isi pembelajaran dipelajari
KBKK:
Merumus segala isis pembelajaran.

Nilai:
-Menghayati
-Menghargai


 

 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Dam haji dan umrah
Kemahiran: Melihat, mendengar, menulis.
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada:Kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga ketika menunaikan
                                      umrah dan haji
Hasil pembelajaran:
1)Mengetahui pengertian dam haji dan umrah
2)Menmahami  jenis dam haji dan umrah.
3) Mengetahui  kesalahan yang mewajibkan dam

Kemahiran berfikir: Merumus, soal jawab, mereka cipta.
Penerangan nilai:  Meghormati, berdisiplin, khusyuk
Bahan bantu mengajar: LCD, projector, komputer riba dan kitab, kad manila, kertas    
                                     bergambar, papan dam haji.





        Masa

Langkah
Isi pelajaran
Aktiviiti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Pendahuluan
( 2 minit )
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai : Khusyuk
Set Induksi
(5 minit)






-Beberapa  keeping gambar  haiwan seperti:
 (i) lembu
(ii) kambing
(iii) Unta
(iv) Kibash
-Permainan papan dam  haji berbentuk petak yang warnanya merah hitam.
-Guru melekatkan beberapa kepingan gambar di papan hitam.
-Kemudian, guru mempamerkan permaianan papan dam haji
-Guru mengutarakan soalan mengenai bahan tersebut.
-Murid menjawab soalan  diutarakan guru.
-Guru membuat perkaitan di antara bahan dengan pelajaran hari ini.
Kemahiran:
-Melihat
-Berfikir
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba
-Kreatif

Langkah 1
( 10 minit )
PENGERTIAN DAM HAJI DAN UMRAH:
-Pada sudut bahasa iaitu:Darah
-Pada sudut istilah iaitu:
Gantian dengan menyembelih binatang atau gentian yang dikenakan kepada  jemaah haji atau umrah seperti melakukan larangan semasa ihram atau tidak melakukan wajib haji ataub umrah atau sebab mengerjakan haji tamattuk dan qiran.
JENIS DAM HAJI DAN UMRAH:
1)Tartib taqdir – ketentuan syarak tidak bolh bertukar kepada gantinya jika tidak mampu.
2)Tartib taqdil- mentafsirkan atau menilai yang sebanding dengannya. Tidak boleh bertukar dengan gantinya jika tidak mampu.
3)Takhyir taqdir- ketentuan syarak yang boleh dipilih salah satu dam daripada yang telah ditetapkan.
4)Takhyir taqdil- mentafsirkan atau menilai yang sebanding dengannya boleh pilih salah satu dam daripada yang telah ditetapkan.
-Guru menerangkan pengertian  dam haji dan unrah.
-Guru menerangkan jenis dam haji dan umrah.
-Guru meminta murid berbincang dengan rakan bersebelahan.
-Guru menyoal murid pelajaran yang telah diajarinya.
Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:
-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik
Alat bantu mengajar:LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
( 5 minit )
KESALAHAN MEWAJIBKAN DAM:
-Tartib taqdir
1) Tidak wukuf diarafah.
2)Mengerjakan haji qiran
3)Mengerjakan haji tamattuk
4) Tidak melontar jamrah
-Tartib taqdil
1)Jimak sebelum tahallul awal
2)Ihsar (terhalang kerjakan haji sedangkan ihram)
-Takhyir taqdir
1)Mengerat kuku
2)Menggunakan bau-bauan
3)Jimak selepas tahallul awal
4)Memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
-Takhyir taqdil
1)Berburu binatang ditanah suci
2)Merosakkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang telah mati
-Guru menerangkan beberapa jenis kesalahan dam kepada murid.
-Murid menghayati pengajaran diberikan oleh guru.
-Guru membuat uji minda ke atas murid.
-Murid memahami apa yang guru telah ajar
Kemahiran:
-Pendengaran
-Bertutur
-Berfikir
KBKK:
-Dialog
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 3
(5 minit)
CARA MENYEMPURNAKAN DAM:
1)Dam Tartib Taqdir
-Sembelih seekor kibash
-Berpuasa 10 hari
2)Dam Tartib Taqdil
-Sembelih seekor unta atau lembu
-Sembelih 7 ekor kambing
3)Dam Takhyir Taqdir
-Sembelih seekor kambing
-Bersedekah 6 fakir miskin
4)Dam Takhyir Taqdil
-Dikenakan mengikut jenis kesalahan yang telah dilakukan semasa menunaikan haji dan umrah.

-Guru membahagikan murid ke dalam kumpulan.
-Guru mengutarakan soalan.
-Setiap wakil ahli kumpulan menampal jawapan di papan hitam.
-Guru menyemak jawapan dan memberi tindak balas positif dan negatif
Kaedah:
-Aplikasi kaedah teka silang kata.
KBKK:
-Menulis jawapan di dalam kotak yang disediakan dalam kertas teka silang kata.
Alat bantu mengajar:
-Kertas soalan yang disediakan oleh guru
Penutup
(3 minit)
-Umat islam digalakkan berhati di dalam mengerjakan suatu ibadah dan dam merupakan suatu denda bagi peringatan supaya tidak mengulangi kesilapan semula.




-Guru membuat kesimpulan akhir mengenai tajuk pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta .beberapa orang murid mengulangi pelajaran yang telah dipelajarinya mengikut kefahaman mereka
KBKK:
Merumus pembelajaran.
Nilai:
-Menghayati
-Kebijaksanaan



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Menyembelih
Kemahiran: Melihat, mendengar, menghayati
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Melihat penyembelihan haiwan di ladang.

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian menyembelih dan hukumnya.
2)Mengetahui  rukun, syarat dan sunat ketika menyembelih.
3)Mengetahui tujuan dan hikmah disyariatkan sembelih serta cara menyembelih.
Kemahiran berfikir: Merumus, mereka cipta, soal jawab.
Penerangan nilai: Mentaati, berdisiplin, khusyuk, tolong menolong.
Bahan bantu mengajar: Kertas bergambar, Kad manila, LCD , projector, pembaris panjang,.







       Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
-Guru memberi salam
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai:Khusyuk
Set Induksi
(5 minit)
-Guru membawa beberapa gambar haiwan yang halal untuk dimakan seperti lembu ayam, kambing dan itik dan gambar pisau.
1) Apakah yang kamu lihat dihadapan?
Andaian jawapan: Lembu,ayam, itik, kambing dan piasu
2)Tahukah kamu kegunaan didalam gambar ini bertujuan apa?
Andaian jawapan : Sembelihan
3)Apakah Sumber yang menyalurkan kepada hidupan harian manusia?
Andaian jawapan : Makanan
-Guru membawa  beberapa keeping gambar dan menapal di hadapan kelas.
-Murid mengenalpasti gambar yang berada di hadapan kelas.
-Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid.
-Murid menjawab soalan yang telah diutarakan oleh guru.
-Guru mengaitkan  beberapa kepingan gambar dengan pelajaran hari ini.

Kemahiran:
-Berfikir
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif
Nilai:
-Berani mencuba
-Bersungguh-sungguh

Langkah 1
(10 minit)
PENGERTIAN MENYEMBELIH:
-Memutuskan urat halkum dan mari’e pada bahagian leher binatang yang halal di makan dengan niat kerana Allah S.W.T. untuk menghilangkan nyawanya supaya dapat dimakan dagingnya menurut syarat dan rukun tertentu.
HUKUM MENYEMBELIH:
-Wajib
RUKUN MENYEMBELIH:
1)Orang yang menyembelih
2)Binatang yang disembelih
3)Alat menyembelih
4)Perbuatan menyembelih
SYARAT MENYEMBELIH:
1)Orang yang menyembelih (ۮبح).
-Islam atau Ahli kitab
-Berakal
-Sedar bukan dalam keadaan tidur.
-Makruh sembelihan orang yang buta.
2) Binatang yang disembelih (ۮبيح )
-Halal dimakan
-Hidup atau pergerakkan yang kuat apabila disembelih memancut darahnya.
3)Alat menyembelih
-Tajam yang melukakan seperti pisau, panah dan sebagainya.
-Bukan kuku, tulang atau gigi
-Bukan alat yang berbisa
4)Perbuatan menyembelih
-Satu kali menyembelih
-Putus urat halkum dan mari’e
-Niat kerana Allah
SUNAT MENYEMBELIH:
1)Menghadap kiblat
2)Gunakan alat menyembelih paling tajam.
3) Tidak mengasah alat tajam dihadapan binatang akan disembelih.


-Guru menerangkan pengertian, hukum, rukun dan syarat menyembelih.
--Guru meminta murid memahami pelajaran yang diajarinya.
-Guru meminta murid menyoalkan beberapa soalan  kepada guru pelajaran yang masih belum menguasai tahap kefahaman.
-Beberapa orang murid bertanyakan soalan.
-Guru menjawab dengan menerangkan semula mengenai soalan mereka.
Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:
-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik
Alat bantu mengajar:
LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
(5 minit)
TUJUAN DAN HIKMAH DISYARIATKAN SEMBELIHAN:
1)Tanda ketaatan kepada Allah
2)Daging yang dimakan halal.
3)Membersihkan daging binatang daripda penyakit
4)Dapat mematikan binatang sembelihan dengan segera.
5) Dapat membezakan antara sembelihan menurut syarak dengan tidak menurut syarak.
PERMASALAHAN SEMBELIHAN:
1)Binatang berleher pendek ,sunnat disembelih dipangkal leher dekat dengan kepala.
2)Binatang berleher panjang,disembelih leher terkebawah.
3)Halal janin yang mati bersama ibuny
-Guru merangkan tujuan dan hikmah yang disyariatkansembelihan.
-Guru menerangkan permasalahan yang sering timbul di dalam sembelihan.
-Murid diminta berbincang dengan rakan sebelahan.
-Guru mengutarakan beberapa soalan.
-Murid menjawab soalan yang telah diutarakn.
Kemahiran:
-Pendengaran
-Bertutur
KBKK:
-Dialog
Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan murid
Langkah 3
( 5 minit )
CARA MENYEMBELIH:
1)Lakukan perkara-perkara yang sunnat terlebih dahulu.
2) Mulakan menyembelih dibahagian leher dengan niat kerana Allah S.W.T.
3)Pastikan urat halkum dan mari’e putus dengan sekali sembelihan.
4)Disunnatkan memutuskan urat halus dikiri dan dikanan supaya bintang mati lebih cepat.
5)Biar sehingga binatang itu mati.
-Guru membuat demonstrasi di hadapan kelas.
-Guru membentuk beberapa kumpulan murid.
-Setiap kumpulan dikehendaki mengambil satu replika pada guru.
-Guru memberikan peralatan lain seperti pembaris panjang untuk dijadikan sebagai pisau.
-Guru melakukan cara menyembelih mengikut turutan.
-Murid mengikut setiap tunjuk cara yang guru buat di hadapan secara bersama mengikut dalam kumpulan..
Kaedah:
-Aplikasi kaedah tunjuk cara (demonstrasi).
KBKK:
-Mengikuti setiap langkah yang diajar oleh guru..
Alat bantu mengajar:
-pembaris, replika binatang sembelihan seperti ayam dan lain.
Penutup
(3 minit)
-Tubuh badan manusia memerlukan protein sebagai sumber tenaga dan tumbesarannya dengan lebih baik dan seimbang. Antara sumber protein utama ialah daging.
-Daging halal diperoleh daripada binatang  sembelihan
-Guru membuat kesimpulan akhir mengenai tajuk pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta .beberapa orang murid mengulangi pelajaran yang telah dipelajarinya mengikut kefahaman mereka.
KBKK:
Merumus pembelajaran.
Nilai:   
-Menghayati
-Kebijaksanaan






CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Bangkai
Kemahiran:Mendengar, Melihat, Berfikir
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Haiwan yang mati dan busuk telah dilanggar.
Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian bangkai.
2)Mengetahui  hukum bangkai
3)Mengetahui hikmah larangan memakan bangkai

Kemahiran berfikir:Merumus, Soal jawab, Merekacipta
Penerangan nilai: Khusyuk, berdisiplin, menghormati
Bahan bantu mengajar: LCD, komputer riba, kitab, kad manila, pelekat.







              Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
Guru memberi salam
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai: Khusyuk
Set Induksi
( 5 minit )
-“Pada suatu hari ahmad telah disuruh oleh ibunya untuk pergi ke kedai membeli beras dan telur kerana ibunya ingin memasak. Rumah Ahmad ke kedai itu jarak 3 km. Ahmad berjalan kaki dari rumah ke kedai itu. Di dalam perjalanan menuju  ke kedai itu, ada satu kereta dari jauh kelihatan laju.  Tiba-tiba seekor lembu ingin melintas jalanraya telah  dilanggar oleh sebuah kereta tadi. Lembu itu pun mati”
1)Apakah yang kamu faham mengenai cerita tadi?
Andaian Jawapan: Lembu mati
2) Tahukah kamu haiwan yang mati begitu saja dipanggil sebagai apa?
Andaian jawapan : bangkai
-Guru bercerita kepada murid
-Murid memahami jalan cerita yang telah diceritakan oleh guru.

-Guru mengutarakan beberapa soalan kepada murid

-Murid menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh guru mengikut kefahaman cerita.

-Guru mengaitkan cerita dengan pelajaran hari ini.
Kemahiran:
-Berfikir
-Membuat perkaitan
-Pendengaran

Kaedah:
-Bercerita

Strategi:
-Berpusatkan murid

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba

Langkah  1
(10 minit )
PENGERTIAN BANGKAI:
-Tiap binatang yang halal yang mati tidak disembelih mengikut syarak atau binatang yang haram dimakan yang mati disembelih atau tidak disembelih.
-Ikan dan belalang merupakan binatang yang halal yang tidak perlu disembelih untuk memakannya.
HUKUM BANGKAI:
1) Suci              Suci
-Semua manusia,bangkai ikan dan belalang.
2) Najis            Najis
-Anjing,babi dan lahir hasil persenyawaan kedua-duanya atau salah satu daripadanya dengan haiwan yang suci.
3) Suci             Najis
-Semua haiwan yang tidak halal dimakan walaupun disembelih mengikut syarak seperti keldai,gajah dan lain-lain.
4) Suci           a. Najis
                        b.Suci
a).Semua haiwan halal dimakan yang  mati tidak disembelih mengikut syarak.
b).Semua haiwan yang halal dimakan yang mati disembelih mengikut syarak.
HUKUM MENYENTUH BANGKAI:
-Bangkai basah hukumnya najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena najis.
-Menyentuh anjing dan babi perlulah disertu dengan air tanah sama ada ia hidup atau mati.
-Guru menerangkan pergertian bangkai dan hukum bangkai.
-Guru menyuruh murid berbincang bersama rakan bersebelahan.
-Guru menyoal apa yang disampaikan olehnya berdasarkan penerangan yang telah diberikan.
-Murid menjawab segala persoalan yang telah diberikan.
-Guru memberikan tindak balas melalui peneguhan positif dan negatif.

Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:
-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik
Alat bantu mengajar:
LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
(5 minit)
HIKMAH LARANGAN MEMAKAN BANGKAI:

1) Mentaati larangan Allah SWT adalah satu tuntutan agama
2) Islam mengutamakan makanan yang halal dan berkualiti.
3) Darah merupakan tempat terbaik bagi pembikan bakteria dan kuman.Oleh itu,dengan menyembelih binatang,maka darah nya  akan mengalir keluar dan bakteria tersebut tidak membiak.
4) Memberi kesan buruk terhadap rohani dan kesihatan badan.
5) Lebih banyak mendatangkan kemudaratan didalam kehidupan.
-Guru menerangkan hikmah larangan memakan bangkai.
-Murid menghayati apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Kemahiran:
-Pendengaran
-
KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 3
(5 minit)
-Binatang yang haram dimakan seperti babi dan anjing.
-Binatang yang haram juga dimakan apabila tidak dimatikan dengan syarak.
-Bangkai merupakan suatu binatang yang mempunyai kekotoran dan boleh mendatangkan kemudharatan kepada manusia apabila dimakan.
-Guru memilih beberapa orang murid untuk kehadapan.

-Murid diminta mencabut kad di tangan guru.

-Murid dikehendaki menampal kad di papan hitam mengikut kategori.

-Guru menyemak jawapan murid
Kaedah:
-Aplikasi kaedah meneka

KBKK:
-Memilih jawapan daripada  guru untuk ditampal dihadapan.

Alat bantu mengajar:
-Kad yang disediakan oleh guru
Penutup
( 3 minit )
-Binatang yang dianggap merupakan kotor dan boleh membawa keburukkan kepada diri. Justeru, islam mengalakkan binatang dimatikan mengikut syarak.
-Guru membuat kesimpulan akhir mengenai tajuk pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta .beberapa orang murid mengulangi pelajaran yang telah dipelajarinya mengikut kefahaman mereka
KBKK:
Merumus pembelajaran.

Nilai:
-Menghayati
-Menghargai

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Udhiyyah (korban)
Kemahiran: Mendengar, Melihat
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Perayaan hari raya haji sering melihat lembu dikorbankan.

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian dan hukum udhiyyah(korban)
2)Mengetahui jenis haiwan yang boleh dijadikan udhiyyah(korban)
3)Memahami panduan perlaksanaam udhiyyah(korban)
Kemahiran berfikir:Merumus, soal jawab, mereka cipta
Penerangan nilai: Menghormati, bekerjasama,  berdisiplin, khusyuk.
Bahan bantu mengajar: LCD, komputer riba, projector, kitab, kad manila, kertas bergambar








              Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
Guru memberi salam
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai: Khusyuk
Set Induksi
( 5 minit )
-Audio suara haiwan seperti:
a) Lembu
b)Kambing
c)Kerbau
d)Unta
e)Biri atau kibash

1)Apakah suara yang kamu dengari?
Andaian jawapan: Kambing, lembu, kerbau, unta dan biri.
2)Pada bulan zulhijjah, hari apa yang disambut dengan haiwan tersebut?
Andaian jawapan: Ud’hiyyah (Korban)
-Guru menayangkan beberapa audio.
-Guru meminta murid meneka bunyi audio.
-Murid meneka setiap audio yang telah guru bukanya.
-Guru mengaitkan audio suara dengan pelajaran hari ini.

Kemahiran:
-Pendengaran
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba
-Bersungguh-sungguh

Langkah 1
(10 minit)
PENGERTIAN UDHIYYAH:
-Pada sudut bahasa:
Binatang yang disembelih daripada unta atau lembu atau kerbau atau kambing.

-Guru menerangkan pengertian udhiyyah dan hukum udhiyyah.
-Guru menyuruh murid berbincang bersama rakan bersebelahan.

-Guru menyoal apa yang disampaikan olehnya berdasarkan penerangan yang telah diberikan.
-Murid menjawab segala persoalan yang telah diberikan.
-Guru memberikan tindak balas melalui peneguhan positif dan negatif.

Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:

-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik

Alat bantu mengajar:

LCD, projector, komputer riba dan kitab.
-Pada sudut istilah:

Binatang yang disembelih pada hari raya haji dan hari tasyrik dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN UDHIYYAH:

-Wajib
(i)Sebagai khusiyyah diri rasulullah S.A.W.
(ii)Apabila bernazar seperti ia berkata “wajib bagiku berkorban dengan kambing ini.”
(iii)Apabila ditentukan (تعيين) seperti ia berkata “lembu ini untuk koban”.

-Sunnah Mu’akad
Orang islam amnya.

-Sunnah kifayyah
أهل البيت ,bagi setiap keluarga melakukan satu korban.

-Sunnah Ain
Bagi yang tiada أهل البيت
Langkah 2
(5 minit)
PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH UDHIYYAH:

1)Binatang
-Disembelih daripada binatang an’am.
-Umurnya mengikut ketetntuan syarak.
-Tiada kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya.

2)Penyembelih
-Penyembelih mestilah seorang islam.
-Ketika menyembelih hendaklah niat untuk melakukan korban dengan menggunakan alat sembelihan yang dibenarkan oleh syarak.

3)Waktu menyembelih
-10 zulhijjah selepas terbit matahari dan solat hari raya beserta dua khutbah yang ringan sehingga akhir hari tasyrik pada 11,12 dan 13 zulhijjah.
-Waktu yang afdhal pada 10 zulhijjah dengan dilambatkan sedikit setelah terbit matahari pada 27 minit dan solat hari raya beserta dua khutbahnya.

-Guru memberikan panduan pelaksanan ibadah udhiyyah.
-Guru meminta beberapa orang murid untuk bertanyakan soalan bagi yang tidak memahami.
-Beberapa orang murid bertanyakan soalan.
-Guru menjawab soalan yang telah diberikan.

Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir
-Bertutur

KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan
Langkah 3
(5minit)
BINATANG AN’AM:

1)Lembu
-Berumur 2 tahun atau lebih

2)Kambing
-Berumur 2 tahun atau lebih

3)Kerbau
-Berumur 2 tahun atau lebih

4)Unta
-Berumur 5 tahun atau lebih

5)Biri-biri atau kibash

-Berumur 1 tahun atau telah gugur gigi.
-Guru meminta murid membentuk beberapa kumpulan.
-Murid duduk di dalam kumpulan.
-Guru memberi sebuah permaianan “puzzle” mengenai bintang an’am.
-Murid diminta mencantumlkan kepingan hingga selesai.
-Murid diminta membentangkan hasil kerja mereka dihadapan kelas.
-Guru memberikan tindakbalas melalui peneguhan positif dan negatif kepada murid.
Kaedah:
-Aplikasi kaedah “puzzle”.

KBKK:
-Murid dikehendaki menyusun “puzzle” sehingga berjaya. Kemudian meneka hasil penyusunan.

Alat bantu mengajar:
-Kad manila, kertas bergambar, gunting, gam yang telah guru sediakan menjadikan ‘puzzle”.
Penutup
(3 minit)
-Ibadah udhiyyah sangat dituntu melakukannya bagi mereka yang berkemampuan.
-Seseorang yang sanggup membelanjakan wang ringgit demi kemaslahatan am akan memperolehi kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.
-Mencontohi syariat nabi Ibrahim dan nabi ismail sebagai lambat ketaatan kepada Allah S.W.T. yang memerlukan pengorbanan besar.
-Guru membuat beberapa kesimpulan akhir mengenai pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta beberapa orang murid mengulangi pelajaran pada hari tersebut dihadapan kelas mengikut kefahaman mereka.
KBKK:
Merumus pembelajaran.

Nilai:
-Menghayati
-Kebijaksanaan



 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Aqiqah
Kemahiran: Melihat, mendengar, menulis
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Penyambutan kelahiran bayi di rumah saudara mara.

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian dan hukum aqiqah.
2)Memahami panduan perlaksanaan ibadah aqiqah.
3)Mengetahui hukum daging sembelihan aqiqah dan perbezaan antara udhiyyah dengan aqiqah.
Kemahiran berfikir: Soal jawab, mereka cipta, merumus
Penerangan nilai: khusyuk, berdisiplin, mentaati
Bahan bantu mengajar: LCD, projector, komputer riba dan kitab.








              Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
Guru memberi salam
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai: Khusyuk
Set Induksi
( 5 minit )
-Ditayangkan video berkaitan penyambutan kelahiran bayi.
-Bayi diddukung oleh ayahnya di dalam suatu majlis.
-Bayi dicukur rambutnya di dalam majlis tersebut.
-Orang ramai mendoakan kesejahteraan hidup ke atas bayi di dunia ini.

1)Apakah yang kamu lihat di dalam video ini?

Andaian jawapan : Bayi

2)Apakah yang kamu faham mengenai video ini?

Andaian jawapan : upacara majlis

3)Mengapakah upacara majlis diadakan?

Andaian jawapan: Aqiqah


-Guru menayangkan video dihadapan kelas.
-Murid dikehendaki memfokuskan diri.
-Guru menyoal mengenai video berkaitan
-Murid menjawab soalan yang diutarakan
-Guru mengaitkan video dengan pelajaran hari ini.
Kemahiran:
-Pendengaran
-Membuat perkaitan

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba
-Bersungguh-sungguh

Langkah  1
(10 minit )
PENGERTIAN AQIQAH:

-Pada sudut bahasa:
Rambut yang tumbuh dikepala bayi ketika dilahirkan.

-Pada sudut istilah:
Menyembelih binatang an’am untuk bayi pada hari lahirnya yang ketujuh ketika bercukur rambutnya.

HUKUM MELAKUKAN AQIQAH:

1)Sunnah mu’akad keatas orang yang wajib nafkah keatas kanak itu.

2)Wajib jika dinazarkan.

HIKMAH DISYARIATKAN AQIQAH:

-Menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan kepada Allah kerana dikurniakan zuriat.

-Mendekatkan bayi baru dengan amalan sunnah.

-Untuk melaksanakan syiar islam dan cara hidup islam di dalam masyarakat.

-Dapat menghebohkan kelahiran bayi dan mengukuhkan silaturrahim dengan penduduk setempat.
-Menggalakkan amalan bersedekah.

-Guru menerangkan pengertian, hukum, hikmah disyariatkan aqiqah.
-Guru meminta murid memahami pelajaran yang diajarinya.
-Guru meminta murid menyoalkan beberapa soalan  kepada guru pelajaran yang masih belum menguasai tahap kefahaman.
-Beberapa orang murid bertanyakan soalan.
-Guru menjawab dengan menerangkan semula mengenai soalan mereka.
Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:

-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik

Alat bantu mengajar:

LCD, projector, komputer riba dan kitab.


Langkah 2
(5 minit)
 PERBEZAAN ANTARA UDHIYYAH DENGAN AQIQAH:

1)Udhiyyah
-Niat menyembelih
-Menyembelih pada 10 zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik.
-Disedekahkan keadaan mentah.
-Menghampirkan diri kepada Allah dan mengenang kembali peristiwa nabi Ibrahim dengan anaknya.

2)Aqiqah
-Niat aqiqah
-Pada bila masa sepanjang tahun
-Disedekahkan memasak.
-Kesyukuran kerana kelahiran anak.
-Guru mengemukakan perbezaan antara udhiyyah dengan aqiqah.
-Murid menghayati apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir

KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 3
(5 minit)
PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH AQIQAH:

1)Waktu melakukan aqiqah
-Selepas kelahiran hingga umur baligh
-Afdhal pada hari ketujuh kelahiran.

2)Binatang aqiqah
-binatang al- an’am
-Bagi lelaki dua ekor kambing dan bagi perempuan seekor kambing.
-Memadai kanak lelaki seekorkambing atau sepertujuh daripada unta,lembu atau kerbau.

3)Menyembelih aqiqah
-penyembelih cukup syarat
-afdhal selepas terbit matahari

Kaedah:
-Aplikasi kaedah teka silang kata.
KBKK:
-Menulis jawapan di dalam kotak yang disediakan dalam kertas teka silang kata.
Alat bantu mengajar:
-Kertas soalan yang disediakan oleh guru

Penutup
(3 minit)
-Agama islam  sangat sempurna telah memberikan contoh dan teladan tentang cara kaedah menyambut kelahiran bayi hinggalah diberi nama yang baik.
-Ibadah disyariatkan supaya umat islam tidak mencontohi adat yang menyeleweng daripada ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
-Guru membuat beberapa kesimpulan akhir mengenai pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta beberapa orang murid mengulangi pelajaran pada hari tersebut dihadapan kelas mengikut kefahaman mereka.
KBKK:
Merumus hasil pembelajaran.

Nilai:
- Menghayati
-Kebijaksanaan



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: at’imah
Kemahiran: Melihat, mendengar, menulis.
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Melihat logo halal pada setiap pembelian makanan di pasaraya.

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian dan hukum at’imah
2)Mengetahui tujuan dan hikmah makanan yang halal.
3)Mengetahui pengenalan binatang yang halal dimakan.
Kemahiran berfikir: Soal jawab, mereka cipta, merumus.
Penerangan nilai: Khusyuk, bekerjasama, mentaati, berdisiplin, berhemah tinggi
Bahan bantu mengajar: LCD, projector, komputer riba dan kitab, kad manila.







              Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
                  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
Guru memberi salam
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai: Khusyuk
Set Induksi
( 5 minit )
-Dua lakonan di dalam dua situasi:
Situasi Pertama
-Suatu petang, Ahmad berasa lapar dan pergi ke kedai mamak.

A: “Saya mahu beli mee goring mamak satu”
B: “Baiklah”.

Situasi Kedua
-Ali baru pulang ke kampong halaman. Dia berasa amat teruja untuk meninjau kawasan tersebut. Ali sedang berjalan tiba –tiba Ali ternampak Pho An dibawah pokok .

A: “Hey Ali, u sudah balik ya. Marilah minum arak bersamaku di sini. Sedap ! rugi u tidak cuba maa”.

B: ‘Hey Pho An, eh tidak mengapalah. Aku mahu pulang ke rumah nenekku dengan segera. Awak minum sahajalah”.
-Guru memanggil dua orang pelajar untuk membantunya melakukan lakonan bersamanya.
-Guru meminta murid bertanyakan soalan terhadap hasil lakonan.
-Murid mengutarakan beberapa soalan
-Murid menjawab soalan guru.
-Guru membuat perkaitan
Kemahiran:
-Berfikir
-Membuat perkaitan
-Pendengaran

Kaedah: Simulasi/ Main peranan

Strategi:
-Berpusatkan murid

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba
-Kreatif

Langkah  1
(10 minit )
PENGERTIAN AT’IMAH:

-Pada sudut bahasa:
Makanan dan minuman

-Pada sudut istilah:
Barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilan atau pengeluaran yang melibatkan makanan dn minuman.

HUKUM AT’IMAH:

-Di dalam islam ada makanan yang halal dan ada makanan yang haram.

TUJUAN DAN HIKMAH DISYARIATKAN MAKAN MAKANAN YANG HALAL:

-Bukti ketaatan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

-Makanan yang halal dimakan akan memberi kesan yang baik terhadap rohani dan jasmani manusia.

-Mendorong umat islam mencari rezeki yang halal.

-Makanan yang halal menjadi syarat ibadah dan doa diterima.

-Terselamat dari api neraka.

-Guru menerangkan pengertian, hukum,tujuan dan hikmah disyariatkan at’imah.
-Guru meminta murid memahami pelajaran yang diajarinya.
-Guru meminta murid menyoalkan beberapa soalan  kepada guru pelajaran yang masih belum menguasai tahap kefahaman.
-Beberapa orang murid bertanyakan soalan.
-Guru menjawab dengan menerangkan semula mengenai soalan mereka
Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:

-Dapat memahami pembelajaran dengan baik

Alat bantu mengajar:
LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
(5 minit)
 CIRI MAKANAN YANG HALAL:

-Tidak daripada binatang haram dimakan.

-Tidak mengandungi najis.

-Alat yang digunakan bebas daripada najis.

-Dalam masa menyedia, menyimpan tidak bersentuhan atau berdekatan dengan najis mengikut syarak.

-Bukan dari cara sumber yang haram seperti mencuri ayam untuk dibuat makan sendiri.

-Guru menyenaraikan ciri makanan yang halal dimakan.
-Murid menghayati apa yang ingin disampaikan oleh guru supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian mereka.


Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir

KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan guru
Langkah 3
(5 minit)
BINATANG YANG HALAL DAN HARAM:

1)Halal
-Dalil halal
-Tiada dalil menyuruh membunuh
-Tiada bias dan racun.
-Hidup kekal didalam air sahaja tidak didarat.
-Tidak bertaring
-Binatang yang disahkan DNA oleh bioteknologi.

2)Haram
-Ada dalil haram
-Dalil sunnah membunuh
-Dilarang membunuhnya
-Ada bias dan racun.
-Ada taring
-Hidup didarat dan di air
-Binatang yang dipandang jijik.
-Memakan benda kotor.
-Guru memberikan murid beberapa kumpulan.

-Setiap kumpulan diberikan “flashcard” haram dan halal.
-Beberapa orang murid terpilih untuk membantu guru dihadapan.

-Beberapa orang murid menunjukkan kepingan kad yang diberikan oleh guru dihadapan kelas.

-Setiap kumpulan mestilah mengangkat “flashcard” sebagai jawapan samada halal atau haram.

-Guru menyemak setiap jawapan yang telah diberikan.
Kaedah:
-Aplikasi kaedah meneka dalam berkumpulan.

KBKK:
-Menunjukkan kad samada haram atau halal.

Alat bantu mengajar:
-Kertas soalan yang disediakan oleh guru

Penutup
(3 minit)
-Mengetahui halal dan haram amat penting bagi umat islam kerana ia menyentuh soal keimanan mereka.
-Umat islam dikehendaki berwaspada dalam usaha mengelak daripada makanan yang haram atau diragui.
-Setiap binatang yang tiada dalil pengharamannya dianggap maakanan yang halal dimakan.
-Guru membuat beberapa kesimpulan akhir mengenai pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta beberapa orang murid mengulangi pelajaran pada hari tersebut dihadapan kelas mengikut kefahaman mereka.
KBKK:
Merumus hasil pembelajaran.

Nilai:
-Menghayati
-Memahami




CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama guru: Nurul Atikah Binti Abdul Razak
Matapelajaran: Ibadat
Kelas: Tahun 6
Masa: 3.30 petang – 6.30 petang
Bilangan: 28 orang
Tajuk: Solat ketika darurat.
Kemahiran: Melihat, mendengar, membaca.
Kaedah: Dialog
Pengetahuan sedia ada: Mengetahui saat keadaan susah ingin bersolat seperti sakit atau lain

Hasil pembelajaran:
1)Memahami pengertian dan hukum solat ketika darurat
2)Melaksanakan ibadah solat ketika darurat mengikut kaedah yang betul.
3)Mengetahui cara solat dalam kenderaan,ketika sakit,syiddatul auf dan fakidu thurain.
Kemahiran berfikir: Soal jawab, merumus, mereka cipta.
Penerangan nilai: Menghormati, khusyuk, bekerjasama, berdisiplin.
Bahan bantu mengajar: LCD, projector, komputer riba dan kitab.









              Masa
Langkah
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Pendahuluan
(2 minit)
Ucapan salam dan bacaan doa sebelum belajar:
         بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك
 ياأرحم الراحمين
Guru memberi salam
-Guru meminta murid membaca doa sebelum memulakan pelajaran secara bersama-sama dengan guru
Nilai: Khusyuk
Set Induksi
( 5 minit )
-Satu lakonan situasi
Situasi
Pada suatu hari Hafiz terlibat dengan kemalangan. Semasa kemalangan itu, Hafiz menghadapi kecederaan teruk sehingga kaki kirinya patah dan Hafiz terpaksa menggunakan tongkat untuk menampung badan dia untuk berjalan. Ketika Hafiz di sekolah bersama rakannya, terdengar suara azan berkemundang.

A:”Hafiz! Jom kita solat berjemaah”.
Hafiz:”Takpelah, kamu semua pergi solatlah. Saya tak tahu bagaimana nak solat sedangkan kaki saya tidak boleh berdiri dengan sempurna seperti kalian”.
-Guru meminta beberapa orang murid untuk membantunya berlakon di hadapan kelas.
-Guru mengutarakan beberapa soalan mengenai kefahaman mereka atas hasil lakonan yang dibuat oleh muridnya.
-Murid menjawab soalan yang diutarakan oleh guru.
-Guru membuat perkaitan dengan hasil lakonan tersebut.
Kemahiran:
-Berfikir
-Melihat
-Pendengaran
-Membuat perkaitan

Kaedah:
-Simulasi/Main peranan.

Strategi:
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Pendekatan: deduktif

Nilai:
-Berani mencuba
-Bersungguh-sungguh

Langkah  1
(10 minit )
PENGERTIAN SOLAT KETIKA DARURAT:

-Kaedah atau cara (kaifiyah) bersolat yang diharuskan syarak melakukannya dalam keadaan tertentu.

HUKUM SOLAT KETIKA DARURAT:

-Islam memberi kelonggaran kepada orang yang halangan dan kesukaran untuk solat secara sempurna dan mengikut cara dengan kemampuan yang sesuai.

DALIL SOLAT KETIKA DARURAT:

1)Firman Allah S.W.T.:

-Ertinya: dengan ketetapan demikian itu Allah Mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan tidak mengkhendaki kamu menanggung kesukaran.

2)Hadis rasulullah s.a.w.:

-Ertinya: Daripada Ibn Abbas bersabda rasulullah s.a.w. sesungguhnya Allah telah mensyariatkan agama islam , maka jadikanlah mudah dan tidak menyusahkan dan tidak ia menjadikan sempit.
-Guru menerangkan pengertian, hukum, dalil disyariatkan solat ketika darurat.

-Guru meminta murid memahami pelajaran yang diajarinya.

-Guru meminta murid menyoalkan beberapa soalan  kepada guru pelajaran yang masih belum menguasai tahap kefahaman.

-Beberapa orang murid bertanyakan soalan.

-Guru menjawab dengan menerangkan semula mengenai soalan mereka.
Strategi:
1)Pendekatan
2)Teknik
3)Aktiviti
4)Kemahiran:

-Dapat menguasai pembelajaran dengan baik

Alat bantu mengajar:

LCD, projector, komputer riba dan kitab.
Langkah 2
(5 minit)
 SYARAT SAH SOLAT DARURAT:
-Sseorang yang ingin menunaikan solat darurat mestilah bersih daripada hadas

-Berada di dalam keadaan yang berwuduk

-Menutup aurat sempurna

-Solat mestilah menghadap kiblat
-Berada didalam situasi yang sukar
-Guru menyenaraikan syarat sah solat darurat

-Murid menghayati apa yang ingin disampaikan oleh guru supaya dapat dipraktikkann dalam kehidupan masa akan datang.
Kemahiran:
-Pendengaran
-Berfikir

KBKK:
-Dialog

Strategi:
-Berpusatkan guru
-Berpusatkan bahan
Langkah 3
(5 minit)
CARA SOLAT KETIKA DARURAT:
1)Solat syiddatul auf
-Solat ketika keadaan didalam cemas seperti peperangan atau lain.
2)Solat dalam kenderaan
-Solat yang dilakukan dalam kenderaan disebabkan kesuntukkan masa seperti terperangkap lalu lintas
3)Solat ketika sakit
-Solat bagi mereka yang sakit tubuh badan sehingga tidak mampu mengerakkan anggota badan.
4)Solat faqidu tohurain
-Solat dimana ketiadaan dua alat toharah iaitu air dan debu tanah suci.Solat didirikan dalam waktunya.
-Guru membahagikan murid kepada 9 kumpulan yang dimana 6 kumpulan merupakan tajuk kecil bagi solat ketika sakit.

-Guru meminta murid berbincang bersama kumpulan tentang pembelajaran tersebut.

-Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.

-Guru memerikan tindak balas melalui peneguhan positif dan negative.
Kaedah:
-Aplikasi kaedah demonstrasi (tunjuk cara).

KBKK:
-Mendemostrasikan setiap cara solat di dalam daerah dalam berkumpulan.

Alat bantu mengajar:
-LCD, projector,kitab.
Penutup
( 3 minit )
-Solat merupakan suatu ibadah yang penting bagi umat islam. Solat merupakan kunci segala ibadah.Apabila seseorang hamba melakukan solat dengan sempurna maka ibadahnya akan sempurna. Solat merupakan tiang agama.
-Guru membuat beberapa kesimpulan akhir mengenai pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta beberapa orang murid mengulangi pelajaran pada hari tersebut dihadapan kelas mengikut kefahaman mereka
-Guru membuat beberapa kesimpulan akhir mengenai pelajaran pada hari ini.
-Guru meminta beberapa orang murid mengulangi pelajaran pada hari tersebut dihadapan kelas mengikut kefahaman mereka





















  • STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MAKSUD
-Cara atau langkah / tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
-Lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

Terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
a) Strategi berpusatkan guru
b) Strategi berpusatkan murid
c)  Strategi berpusatkan bahan
d) Strategi pengajaran secara kelas
e) Strategi pengajaran secara individu

1) Strategi berpusatkan guru
-Memainkan peranan yang utama.
-Guru yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran.
-Guru banyak memberikan penerangan.

•Ciri-ciri "pemusatan guru"
-Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid sehala.
-Ciri kempimpinan guru bersifat autokratik, murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka.
-Strategi pengajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
-Penyebaran ilmu pengetahuan lebih utamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
-Murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinsiatif.
-Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak mengingat dan menghafal dan kurang berupaya buat intepratasi.

2) Strategi berpusatkan murid
-Murid peranan yang penting
-Digalakkan melibatkan diri secara aktif
-Seorang pemimpin yang membimbing murid jalankan aktiviti pembelajaran
-Kaedah dan teknik yang digunakan seperti inkuiri penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran.

Ciri -ciri "pemusatan murid"
-Komunikasi dua hala.
-Guru bersifat demokratik.
-Lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
-Ujian formatif sering ditekankan dan keputusan ujian untuk menguji kelemahan.
-Murid menunjukkan sifat kreatif dan berinsiatif

3) Strategi berpusatkan bahan
-Guru menyampaikan pengajaran berpusatkan bahan melalui bahan maklumat rujukan.
-Murid boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara individu atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.
-Kaedah berbahan ialah buku skrab,  modul, audio visual, projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.

Ciri-ciri "pemusatan bahan"
-Bahan murid peranan penting.
-Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran.
-Menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
-Mementingkan aktiviti pnp yang bermakna melalui pengalaman sebenar.
-Adanya bahan pelajaran, ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan konkrit.



PENDEKATAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1) Parera,1986: Satu pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu pendekatan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu harian.
2) Kamarudin Haji Husin, 1988: Satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat pengajaran dan hakikat pembelajaran.

ΦJenis-jenis pendekatan:
(1) Pendekatan Induktif
(2) Pendekatan Deduktif
(3) Pendekatan Elektik
(4) Pendekatan Komunikatif
(5) Pendekatan Tematik
(6) Pendekatan Interaksional
(7) Pendekatan Pengelaran Bahasa
(8) Pendekatan Bersepadu
(9) Pendekatan Masteri

INDUKTIF
-Memberi contoh kepada kesimpulan umum.
-Memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri.
-Bermatlamatkan kepada pembentukkan kebiasaan dan menekankan kepada pengulangan untuk hukum.

¤Ciri -ciri pendekatan Induktif
-Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.
-Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.
-Memproses maklumat.

1) Pelaksanaan Permulaan

-Menentukan objektif pelajaran.
-Menyediakan contoh-contoh.
-Menyediakan soalan.
-Menyediakan alat bantu mengajar.

2) Peringkat 2

-Set induksi
-Mengemukakan contoh.

DEDUKTIF
-Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh.
-Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
-Pendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan.

¤Ciri-ciri pendekatan Deduktif
-Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.
-Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.
-Contoh tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid.
-Contoh mesti betul supaya dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain.
-Pemahaman generalisasi murid mesti dinilai melalui pelbagai cara.

KESIMPULAN KAEDAH
-Beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu dalam menyampaikan isi pengajaran.

JENIS KAEDAH
1) Talaqqi-Musyafahah
2) Hafalan
3) Tasmi'
4) Bercerita
5) Perbincangan
6) Main peranan
7) Penyelesaian masalah
8) Lakonan
9) Tunjuk cara

¤Kaedah Talaqqi Musyafahah
-Menurut bahasa diambil daripada perkataan iaitu pelajar bersemuka atau berhadapan guru

¤Musyafahah
-Dari mulut ke mulut (pelajar baca al-quran dengan memerhati gerak bibir guru untuk mendapatkan sebutan makhraj yang betul.

¤Tujuan Talaqqi Musyafahah
-Membezakan bacaan panjang atau pendek sebutan huruf membaca dengan betul dan fasih.

¤Makna Tasmi'
-Murid memprrdengarkan bacaan yang ditetapkan dihadapan guru jika terdapat kesalahan guru terus membetulkannya.




















































Comments

Popular posts from this blog

PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING