PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Bimbingan Dan Kaunseling



PENGENALAN
Pada era globalisasi yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dari segi puncanya kesibukan ibubapa, pengaruhnya rakan Sebaya dan media massa telah mendatangkan pelbagai impak kepada semua masyarakat dan sebuah negara. Pelbagai Kesan negatif dan positiv akan wujud. Oleh Itu, bimbingan dan kaunseling dengan betul perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap para kaunselor bagi membanteras gejala yang tidak baik berlaku dikalangan masyarakat tempatan kita. 


  • Terdapat beberapa tokoh mengenai konsep bagi bimbingan iaitu:


1)Alice Crow (1964) telah memberitahu bahawa bimbingan itu suatu bantuan yang diberi kepada seseorang individu untuk memberikan matlamat jangka pendek dan panjang,merancang cara-cara bertindak sertai memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek yang perlu.

2)McDaniel Dan Shaftel (1956) telah menjelaskan bahawa bimbingan suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi,maklumat Pendidikan dan kerjaya inventori individu,kaunseling,penempatan dan aktiviti susulan.


  • Terdapat beberapa tokoh juga mengenai konsep bagi kaunseling iaitu:


1)Delaney Dan Berdie (1953) telah menyatakan bahawa kaunseling ialah satu proses yang mana kaunselor akan membantu klien supaya bertingkah laku dengan cara yang berkesan.

2)George,R.L. Dan Cristiani, kaunseling merupakan satu perhubungan dan juga proses yang menolong orang membuat pilihan menyelesaikan masalah.


  • Perbezaan antara Bimbingan dengan kaunseling. 


  • Antara matlamat bagi kaunseling dan Bimbingan ialah:-
1)Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya dalam jangka pendek.

2)Mempercepat perubahan tingkah laku ke arah positif.

3)Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi Iaitu berkebolehan untuk mengurus hidupnya sendiri.

4)Bertindak secara logik serta berkenan. 

5)Menentukan nilai hidup yang ingin dimilikinya bagi memperoleh hidup yang sejahtera. 

6)Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan ke satu tahap yang optimum. 

7)Menganalisis tingkah lakunya yang membina dan yang membinasakan dirinya.



  • Prinsip Kaunseling

1)Patterson (1967) mengemukakan prinsip kaunseling seperti berikut:
-Kaunseling ialah proses bertujuan mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela, Iaitu klien Itu ingin mengubah tingkah lakunya Dan meminta kaunselor untuk membantu mengubahnya. 
-Kaunseling hendaklah menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan sukarela Itu. Keadaan itu adalah seperti hak individu untuk berasa bebas membuat perubahan tingkah laku. 
-Klien pasti akan menghadapi batasan seperti ditentukan oleh matlamat kaunseling yang Sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap seseorang kaunselor. 
-Temu bual diadakan untuk memudahkan perubahan tingkah laku Walaupun bukan semua Jenis Temu bual boleh dianggap sebagai kaunseling. 
-Kaunseling memerlukan Seseorang kaunselor mendengar perkara yang diperkatakan oleh klien tetapi bukan semua tindakan mendengar boleh disifatkan sebagai kaunseling. 
-Kaunselor berusaha memahaminya klien. 
-Kaunseling dijalankan secara sulit Dan semua bahan perbincangan hendaklah dirahsiakan. 
-Lazimnya, klien mempunyai masalah psikologi. 
-Kaunselor merupakan orang yang mahir serta berupaya menolong kliennya. 

2)Mc Daniel Dan Shaftel (1956) mengemukakan prinsip kaunseling berikut:
-Setiap klien hendaklah diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik. 
-Kaunseling pada asasnya adalah satu perhubungan yang permisif.
-Kaunseling menekankan pemikiran bersama klien. 
-Prinsip kaunseling adalah sejajar dengan ideal demokrasi. 


  • Kepentingan kaunseling yang ditunjukkan ialah:
1)Sesi kaunseling dapat diteruskan dengan keadaan yang mesra.
2)Menimbulkan keselesaan di dalam diri klien untuk Bersama kaunselor.
3)Membantu kaunselor meneruskan sesi
4)Dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh klien.


  • Etika Kaunseling iaitu:

1) Meningkatkan Ilmu pengetahuan Dan kemahiran.
2) Menjaga tingkah laku Dan memelihara profesionalisme kaunseling
3)Bertanggungjawab terhadap klien.
4)Menghormati hak klien.
5)Menjaga kerahsiaan klien.
6)Penjelasan mengenai batasan.


  • Jenis kaunseling yang dijalankan ialah:

1)Individu
2)Kelompok
3)Kerjaya
4)Keluarga


  • Teori Kaunseling Terapi Rasional-Emotif (RET)  iaitu:
1) Latar Belakang
-Albert Ellis dilahirkan pada tahun 1930 di Pittsburg.
-Beliau menetap di New York ketika berumur 4 tahun.
-Beliau mnghadapi Penyakit Nephritis (inflamasi buah pinggang), Renal glycosuria dan kencing manis.
-Beliau telah menyertai program psikologi klinikal di Maktab Perguruan Columbia selepas menamatkan pengajiannya di kolej.
-Pada tahun 1947 hingga 1953, beliau telah mempraktikkan analisis serta psikoterapi berorientasikan analisis.
- Ellis merupakan bapa terapi Kognitif Tingkah Laku

2) Konsep Asas Rasional Emotif

-Mementingkan 3 aspek utama:
(a)  Fikiran
(b) Emosi
(c)  Tingkah laku

-Manusia mempunyai potensi berfikir secara rasional atau sebaliknya.
-Manusia berupaya menukar pemikiran,  emosi dan tingkah laku dengan memilih tindak balas yang berbeza
-Fokus kepada pemikiran dan tindakan,  bukan Hanya mengikut perasaan.

3) Jenis-jenis emosi iaitu:

(a)  Emosi Rasional
-Bantu manusia untuk mengetahui segala perkara yang diingini.
-Contoh;  Gembira,  Sayang,  Kecewa

(b) Emosi Tidak Rasional
-Menyebabkan seseorang berasa sedih terhadap diri sendiri dan mula mengasingkan diri daripada orang sekeliling.
-Contoh;  Marah,  Bimbang, Berasa Tak Berguna

4) 11 Pemikiran Tidak rasional ialah :-

    (a)  Sering memikirkan masalah orang                 lain melebihi diri sendiri
    (b)  Sangat memerlukan kasih sayang                   daripada orang yang signifikan.
    (c)   Seseorang individu tidak mampu                    mengawal emosi.
    (d)   Peristiwa lalu yang tidak dapat                        dilupakan.
    (e)   Kebergantungan kepada orang lain.
    (f)   Sikap sering melarikan diri daripada             masalah.
    (g)   Individu telah mengambil berat dan.             memikirkan sesuatu perkara yang.                 berbahaya dan merosakkan.
    (h)  Perasaan tidak bahagia merupakan               satu emosi akibat daripada peristiwa             di luar kawalan individu itu sendiri.
    (i)   Kekecewaan yang berpanjangan                     akibat daripada apa yang diimpikan               tidak tercapai.
    (j)   Manusia bersifat jahat dan kejam                   harus dihukum.
    (k)  Apabila seseorang merasakan diri                   berguna,maka individu tersebut                     berfikiran bahawa dia harus                             sempurna dan berjaya dalam semua             bidang.

5) Menurut pandangan tokoh mengenai teori ini Iaitu manusia pada dasarnya untuk yang memiliki kecenderungan untuk berfikir secara rasional dan tidak rasional.  Bagi Ellis, manusia perlu mengubah Cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional dan manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasional,manusia menjadi tidak rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak rasional.

6) Matlamat Teori Rasional Emotif diwujudkan kerana :-

(i) Mengubah pemikiran tidak rasional klien kepada pemikiran rasional dan menerima setiap yang berlaku seadanya.
(ii) Membantu klien dengan menerangkan sebab-sebab tingkahlaku tidak rasional atau tidak normal Itu terjadi.
(iii) Mengaitkan perasaan yang tidak rasional dengan pemikiran tidak rasional klien sekali gus menghasilkan tindakan tidak rasional.

7) Teknik-teknik Rasional Emotif Behavioral terbahagi kepada 3 Kaedah iaitu Kaedah Kognitif, Kaedah Emosi dan Tingkah Laku.

    (a)  Kaedah Kognitif
          -Mempertikaikan idea yang tidak                     rasional.
          -Kerja rumah (homework) .
          -Mengubah penggunaan bahasa.                       seseorang.
   (b)   Kaedah Emosi
          -Rasional Emotif Imageri (REI)
          -Main peranan
          -Penggunaan tenaga
   (c)    Kaedah Tingkah Laku
          -Kaedah yang digunakan termasuklah             pelaziman operan,desentisasi                           bersistem, teknik bertenang,  prinsip.            pengurusan Kenduri, latihan asertif                dan modelling.


  • Proses Kaunseling Individu

Pelajar memang mempunyai Salasiah yang berlainan. Ada yang sudi menceritakan hal peribadi dalam suatu kelompok dan ada pula yang berasa segan. Pelajar yang mudah berasa Malu memerlukan layanan secara individu. Justeru, kaunseling individu perlu disediakan di Sekolah. Menurut Brammer,  proses kaunseling dapat dibahagikan kepada 8 peringkat iaitu:-

1) Penyediaan dan kemasukan 
-Mengurangkan penentangan klien. 
-Kaunselor perlu Meningkatkan aras          kepercayaan klien terhadap dia                    mudah meluahkan perasaan. 

     2) Penjelasan
     -Kaunselor Cuba mendapatkan                          gambaran yang jelas tentang masalah.          klien.
     3) Penstrukturan
     -Kaunselor dan klien akan menerapkan         sama ada perhubungan mereka boleh            diteruskan atau tidak. Kaunselor akan          bertanya kepada diri sendiri sama ada          beliau berkemahiran menolong atau              tidak.
     4) Perhubungan
     -Mengeratkan perhubungan antara                  kaunselor dengan klien.
     5) Penerokaan
     -Kaunselor telah mempunyai kefahaman
      yang lebih jelas tentang klien tersebut.
     6) Pengukuhan
    -Klien menjelaskan perasaannya dengan       lebih lanjut dan menenutukan alternatif.
     7) Perancangan
    -Rancangan tindakan yang khusus untuk       penerusan dan penamatan dirumuskan.
     8) Penamatan
    -Rumusan tentang pencapaian-                         pencapaian klien akan dibuat jika                   matlamat yang tidak tercapai Dan Sebab       dikenal pasti.


  • Kemahiran Kaunseling
Kaunselor di sekolah memerlukan beberapa kemahiran dalam menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Antara kemahirannya iaitu:-

1) Tingkah Laku memberi perhatian
-Kaunselor memberikan perhatian yang teliti Akan dapat memahami masalah pelajar dengan baik. 

2)Kemahiran mendengar
-Setiap orang pernah berasa sedih,tertekan atau gelisah. Dalam keadaan begini, kita memerlukan Seseorang untuk mendengar masalah Kita begitu juga dengan pelajar atau murid. 

3) Kemahiran menyoal
-Dapat lebih banyak maklumat mengenai masalah klien yang dihadapinya.

4)Kemahiran memahami
-Kaunselor berusaha memahami masalah pelajar Sebelum Cuba menyelesaikannya. 
5) Kemahiran berempati
-Apabila Seseorang berasa Sedih atau tertekan, Kita Cubalah berempati dengannya. Kaunselor akan Cuba memahami serta merasai apa yang dirasakan. 

6)Refleksi idea
-Kaunselor membalikkan kata klien. 

7)Refleksi Perasaan
-Kaunselor membalikkan emosi klien. 

8) Interprestasi 
-Menyemak pemakanan masalah yang dikemukakan klien. 

9) Pendedahan Kendiri
-Kaunselor berkongsi maklumat atau pengalaman diri sendiri dengan klien. 

10) Pemparafrasan
-Kaunselor meringkaskan kenyataan klien yang telah dicurahkan dari semasa ke semasa. 

11) Konfrontasi
-Kaunselor mendapati apa yang dinyatakan oleh pelajar berlainan daripada tindakannya. 

12) Pemberian Nasihat
-Kaunselor hanya memberi nasihat sama ada ia diterima atau tidak. 

13) Kesenyapan
-Ada kalanya berlaku kesenyapan dalam sesi kaunseling. Penghentian Sementara ini mempunyai berbagai ertinya berdasarkan situasi Dan pemikiran klien. 

14) Kemahiran Ketika Ini (Immediacy) 
-Kaunselor dapat meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa. 

15) Membuat Rumusan
-Tindakan kaunselor dalam membuat rumusan merupakan proses menggulung segalanya perbincangan. 




RUMUSAN 
Bimbingan dan kaunseling ini merupakan suatu Kaedah yang baik perlu dilakukan bagi kaunselor terhadap semua orang terutamanya dikalangan murid atau pelajar Sekolah yang mempunyai pelbagai ragam atau masalah. Kaunselor juga perlu bijak menggunakan teknik yang sesuai untuk mengatasai masalah tersebut mengikut keadaan klien tersebut. 




RUJUKAN

•EeAhMeng.2000.PerkhidmatanBimbinganDanKaunseling.Selangor:PenerbitFajarBaktiSdn.Bhd
•Dr.KhooBeeLee.TeoriDanKemahiranAsasKaunseling.Selangor:PenerbitSabsadiSdn.Bhd
SuppiahNachiappan,TaquddinAbdMukti.2000.PerkhidmatanBimbinganDanKaunseling.Selangor:PenerbitFajarBaktiSdn.Bhd





Comments

Popular posts from this blog

PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN