TEKNIK PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN
·
TEKNIK PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan
oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk
pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang digunakan.
TUJUAN TEKNIK
·
Menarik Minat murid
·
Mengekalkan perhatian
·
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Ø
Teknik main peranan
Ø
Teknik permainan bahasa
Ø
Teknik latih tubi
Ø
Teknik bercerita
Ø
Teknik inkuiri
Ø
Teknik perbahasan
Ø
Teknik kuiz
Ø
Teknik sumbangsaran
Ø
Teknik soal jawab
Ø
Teknik simulasi
Ø
Teknik drama
Ø
Teknik perbincangan
Ø
Teknik forum
Ø
Teknik dialog
TEKNIK LATIH - TUBI
Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan
fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa
Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu
kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat
fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami
proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya
dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan
kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata
dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut
hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang
sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan
cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan
jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik
menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia
menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
TEKNIK SIMULASI
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi
yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat
menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan
temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk
memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar
mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca
dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik
yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran
dan pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi
atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada
kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan
kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan
pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan
cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.
TEKNIK SUMBANGSARAN
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan
fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan
setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Tujuan Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan
dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan
haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi
yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan
cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak
idea
Suasana perbincangan yang tidak formal
hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi
sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What?
Why? Who? Where? How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak
boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai
ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang
bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif
tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
ü
merangsang interaksi verbal pelajar
ü
menambah kefasihan dan keyakinan
ü
menyediakan konteks pembelajaran
ü
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
ü
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
TEKNIK SOAL – JAWAB
Merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah
dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan
pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
- Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
- Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
- Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
- Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu
yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan
kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi
perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita.
Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana
ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik
bercerita ialah :
1) Pilih cerita yang sesuai dengan umur,
kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran
yang hendak disampaikan.
2) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek
bahasa.
3) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
4) Latih bercerita seolah-olah guru berada
dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
5) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
6) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek
sebenar atau lain-lain BBM.
7) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau
ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan
kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan
audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar
menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan
bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan
dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang
pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang
dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat
penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran
iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah
pelajar.
TEKNIK INKUIRI
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau
siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan
pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang
dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana
pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih
pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini
termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
o
Proses mengenali masalah
o
Mengkaji ramalan
o
Mengumpul maklumat
o
Menganalisis
o
Membuat rumusan
TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai
satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya
untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas
(Kementerian Pendidikan 1990:85).
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan
pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara
pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai
sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar,
bengkel, bahas dan debat.
Dalam perbincangan ini akan memberi peluang
dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal.
Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih
kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana
aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut
langkah-langkah berikut :
- Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
- Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
- Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
- Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
- Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
TEKNIK FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang
melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat
tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti
lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman
secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum
yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran,
pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada
sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong
atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang
tersusun.
Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk
semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
Antara manfaat teknik ini ialah :
v
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
v
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
v
Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul
dan laras bahasa yang sesuai.
v
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
v
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
v
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
v
Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan
ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England
melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah
dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris
dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah :
- i. Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
- ii. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
- iii. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
- iv. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
- v. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran
bahasa melalui teknik ini iaitu :
- · Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
- Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan
Comments
Post a Comment